Monday, August 10, 2009

Cinta & Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA
terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN
pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa
sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah
lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari
dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati
& akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN
kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple, teman
still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling
berharga.



~I Don't Want to Miss a Thing~

Thursday, August 6, 2009

Try to make hepi...(Part 6, episod 2/2)



Ok sambung dari entry aritu.. dari penang, aku terus ke umah edy di SP, coz time tu ade Festival Kedah Sejahtera, lagipun event tu buat betoi2 belakang umah sewanya.. so why not kalau aku nak singgah jap pun..(tapi ke petg juga) lagipun hati aku terasa sgt nk g event tu la..mgkin dah lame tak 'join' bnda2 mcm tu kot..

So bila aku sampai je diumah sewanya.. mcm biasa la.. dia tak de juga.. katanya dia ada kat VillageMall, amek motonya yang direpair... so aku tgu la dalam umah sewanya tu..nasib baik la kwn2nya baik ngn aku... berbual juga la aku nie... (aku nie kan peramah owgnya...) poyo jap!! So sesampai je dia, aku tgu dia bersiap.. dan terus tu kami ke....



Ramai sungguh aritu...maklum sajala.. aku g ari sabtu.. 25 july 09, start dari pintu kuar H.way S.P utara sampai la kt laguna height tu.. jem je.. so kami mulakan langkah kaki kami ke pertandingan futsal..





setelah selesai tgh futsal yang begitu membosankan bagiku itu.. kami ke booth yg pertama iaitu...



igtkan ade la si 'suara latar' upin n ipin tu.. tapi takde lak haritu..katanya esok baru dtg... ape la.. yg ade pun.. just jual baju2 n cd2 nya aje.. bosan.. next kami melawat la khemah2 yg lain.. ( kat citu ade byk khemah tau.. dorg mcm asingkan jenis jualan atau ape ek nak pgl.. enth la..)



Sume khemah la kami g.. masuk satu persatu.. penat juga la.. ngn panas lagi.. dah la aku berpakai mcm tu lagi kan..ngn galas camera lagi... setiap kali masuk dlm khemah je.. ade je yg di snapnya.. tapi yg menarik hati jela kan..


kat booth MSN




booth Tourism Kedah


rawatan kaki


contoh model rawatan logi air

Puas penat kami melayan owang dlam tu..mcm2 karenah la dalam tu tau... huhs.. kami kebahagian luar lak.. pertanian and ternakan.. pertanian jual macam buahan2..jus2.. ternakan lak....


kambing biase..kmbing susu..




nilah rupe kambing Gurun tau!!!

Ade time niekan, makcik mane entah cakap kat saya.." ade pulak tgkap gmbo kmbing..?? tgkap la gmbaq kami nie.." hihihi.. aku pun layan jela.. tapi bila nak snap betoi2 dia lak tak nk.. huhs.. mcm2.. tu owg cakap.. owg kedah nie peramah tau!!





pelbagai jenis lembu.. besaq2 tau.. takut tgk.. dag nk mcm gajah pun tgk tu.. tu nasib time dia rest.. kalau berdiri.. tgi gile dari kita nie...






nie itik ape entah namenya..lupe sudah....

Kami tinggalkan bahagian ternakan tu..kami bergerak ke khemah utama, ade pertunjukan seni mempertahankan diri..



Dari mulenya pertunjukan tu bermula sampai la habis, kami tunggu..edy la nak tgk sgt.. bosan2... aku nak snap pic aku juga disana!!!



edy pun mula nak sebok juga, nak aku snap pic dia...






ttg pic baby nie.. aku pun tak tahu knpe aku snap??? hurmmm......

Setelah selesai sumenya disitu..aku pun mula la bertolak balik.. tapi edy ajak ke maybank jap kat V.Mall tu.. balik umah amek motonya and ke sana.. tapi dlm perjalanan..motonya lak buat hal.. (dia nie kalau tuan tak buat hal..motonya pulak!)
so aku terpaksa tolak motonya kedai la.. ke taman ria juga la..



mgkin tu je utk part nie..aku tak larat taip sbenarnya nie.. kes tu sikit2 je aku cite.. tgu sampai ke mgrib juga la motonya baru siap huhs..



So aku baru la bertolak balik ke jitra.. aku sampai umah pun dlam kul 9 lebih juga la.. coz dlam perjalanan tu.. aku singgah jap ke Guar Chempedak.. owang cakap; tak dpat tgk tuannya..tgk umahnya pun jadi la.. (lepas rindu la konon..) Hurmmm....... (smpai bila aku nk buat camni pun tak tahu la..) setiap kali lalu ke sana je mesti singgah.. Bodo kan aku??? ngee..ngee..ngee... (*_0)

So untuk Part yang akan datang....


Coming soon....................!?!


Hear and wacth this song..

Siapa Yang Rampas Cintamu...

Tuesday, August 4, 2009

+ sakit pale!!!

MakPak apekah yang aku dapat nie ya allah????
macam nie ke makpak hah???
mintak duet nak cari kje pun tak bagi??
bila dok umah marah!!nak kuar cari kje camne kalau macam nie??
aku nk isi borang tu pun, nasib baik jz print je.. habis nk fotostat camne??nk pos camne??sume tu pakai duet la!!!setem lagi, sampul surat lagi!!
Hbs nak aku bt camne??pk sat???lani aku tak mau isi!!nk isi buat ape kalau tak leh post!!
lps tu dok kira ungkit hal2 lame!!!kata dulu kje tak kasi duet la ape la.. padahal bukan dorg tak tau yg aku nie byk hutg ngn kwn2.. byr hutang lagi..umah sewa, moto lagi!awek lagi!!!awek tu pun satu hal!!huhs.. mls aku nk ugkit hal tu. biaq la kat dia!!
celaka betoi la macam nie..tolong la paham!!!tekanan aku dok kat umah nie..kusut-kusut!!
so aku tekad!!aku nk cari duet poket pakai business aku bt nie!!aku mesti kaya!!hahhahaha.. (gile jap!)
Caw!!!

~Lega + Penin PK~

~aku leh dikatakan 100% dah sihat dari demam tu.. bila dah tido petang tadi, mula la malam tak leh nak tido pulak.. huhs.. tapi nk buat camne kan?? nak sihat dari demam, petang tadikan..

~aku buat camne yang aku katakan entry dibawah nie.. cume aku tak makan ubat and terlupe nak sapu balm kt hidung tu.. just sempat minum air zam-zam 1cawan and lapik bantal kat bawah kaki tu.. (tapi bila bangun dari tido ke bantal tu dah kat bawah katil pun..) and selimut..

~banyak yang aku pk time nak tido tadi (tak jadi tido,cz tu turun bawah taip natang nie) 1st aku pk ttg "my2" dan ke2 aku pk ttg nak cari duet tu... (bisnes yang tgh aku buat nie.. I.R.C)

~mule2 aku target hal nie nak promote kat adik beradik aku dulu, tapi angah lak duet ptptn dia dah tgl cikit je utk stdy di uitm tu.. so tak pela.. bila promote kt abah sndiri lak.. dia pulak buat ego.. tak nak dgr tu satu hal.. lps tu dok ungkit hal yg berbulan lepas tu.. aku cukup tak suke la owg jenis yg suke mengungkit2 nie.. dia ckp dia takkan lupe hal aritu sampai mati, nie pun nasib aku nie anak dia je.. kalau kawan ke.. dah lame kena pulau or kene tgl.. Huhs.. last2 aku pun mls nak ckp or melawan ckp dia tu.. aku pun buat hal aku la.. g umah kawan2 aku promote bisnes nie..

~so coz why la aku tak leh tido nie.. penin2... kalau dia ckp macam tu tak pela.. jgn ckp, nnti kalau aku dah kaya (bt bisnes nie la..) kata aku nie lupekan dia n tak promote bnda nie kat dia lak..!!

~so lani aku dok pk lak nak susun owang bawah aku nie.. takpela.. famili dah tak nak join ok la.. byk lagi nak join bnda nie.. cume abah aku ckp.. ang nak bt bisnes tu ang bt la.. ang pandai2 la pk.. Yang tu pun dah dikatakan untuk aku ambil semangat utk aku lbh usaha ngn bisnes nie.. biar nnti owg ckp aku nie penganggur.. but im rich (hahahaha..gelak dlm hati nie..pdhal tak tau lagi nk kaya byk mne sgt??) Doa2kanlah aku ek???

~so lani.. tunggu mata aku mengantuk la pulak.. nak buat ape ek??air milo O ais dah buat nie, nk mkn tak lalu lak.. main jela rock lagend tu until level jadi tggi.. (dlm facebook)

~nite kwn2..... miss u all!!!

Monday, August 3, 2009

Pesannya ;

~ tetibe teringat kata2nya dulu tu.. dia cakap.. ;
*kalau sakit pale or pening ke or selesema... letakkan kaki tu lebih tinggi dari kepala kita..(lapik la bantal kasi tinggi) bagi darah turun kot???nnti baru la rase selesa cikit.. sapu balm kat hidung tu.. Selimut!!! ++ ngan selimut yg dia kasi tu.. agak tebal.. kasi kuar peluh tu!!

~ oklah aku nk g buat la..
~ nak try makan ubat la..
~ ubat batuk takde..demam pun takde.. panadol habis..selesama pun habis..
~ nk g klink or kedai.. mls.. tak larat...
~ so tido jela mcm tu.. pakai stokin la.. n nak lapik bantal kat kaki tu jela..
~ tiger balm yg dia kasi tu ade lagi.. leh la pakai...
~ nak minum air zam zam dulu la sebelum tido nie..
~ wish me well ok??



~ ku berserah ~

Fever!!!

~aku demam...
~sakit kerongkong same..
~selesema dah ok la..
~batuk pulak nie...
~sakit pale sgt2 pk ttg nak cari duet nie...
~blog terpaksa ditangguhkan..
~im out~

Saturday, August 1, 2009

Arak Halal???!!!??? istak

Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu."

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)


Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan. com.my


KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta. Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya. "Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang
diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran .

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman. Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia" katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand dan Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan. Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.



Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud:

"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka"

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kenapa la kita mesti nak tiru budaya barat? Apa la yang dibanggakan sangat dengan orang-orang barat tu??



(dipetik dari blog Aby Rad's...)



Pic yang aku snap aritu di Karnival Kedah Sejahtera..25 july 09... ®
momosukie...©