Thursday, December 10, 2009

Sekali Lagi!!!!



[Tayangan pada pukul 11.10 mlm semalam], aku & aisyah menuju ke JitraMall utk menonton sebuah filem yg aku tunggu2 setelah sekian lamenya... tiket kami telah pun dibeli oleh Man & Mie... RM10 je sorang... menyesal kalau tak tgk.. bapak best giler la~~!!!! (tp ecah tido!!!PENAT JE AKU BWA DIA!! HUHS!!!)


THE Storm Warriors diadaptasikan daripada komik terkenal Hong Kong, Fung Wan atau di negara kita dikenali sebagai Pedang Setiawan. Ia filem kedua adaptasi komik itu selepas The Storm Riders yang ditayangkan pada 1998.

Populariti Fung Wan juga menyebabkan ia diadaptasi kepada siri televisyen, animasi, permainan komputer dan sudah pastinya filem pertama, The Storm Riders pada 1998 melakarkan kejayaan apabila ditayangkan di pawagam selama 45 hari serta menjuarai carta kutipan pecah panggung tahun itu dengan HK$42 juta (RM943,914).

Kini selepas lebih 10 tahun The Storm Riders menemui peminat, penonton sekali lagi berpeluang melihat aksi gandingan Angin dan Awan menentang kuasa jahat menerusi filem kedua, The Storm Warriors, 10 Disember ini. Tapi aku dah tgk pun semlm.. Hahahaha.....




Menampilkan kembali dua pelakon asal, Aaron Kwok dan Ekin Cheng, The Storm Warriors mengisahkan bagaimana Cloud dan Wind, dua pahlawan hebat mempertahankan China daripada cengkaman penakluk Jepun, Lord Godless.


Disebelah kanan; Ekin Cheng as 聶風 (Nie Feng / Nip Fung / Wind / Badai):
Dan kirinya; Aaron Kwok as
步驚雲 (Bou Keng Wan / Bu Jing Yun / Cloud / Awan)

Filem ini dibintangi pelakon Hong Kong seperti Aaron Kwok, Ekin Cheng, Nicholas Tse, Charlene Choi, Simon Yam, Kenny Ho, Lam Suet, Kenny Wong dan Tiffany T.

Bagi peminat Pedang Setiawan, filem ini pasti ditunggu-tunggu kerana komik karya Ma Wing Shing itu mempunyai tarikan tersendiri tambahan pula seni mempertahankan diri yang luar biasa dipaparkan.

The Storm Warriors II mengisahkan pahlawan Jepun, Lord Godless yang ingin menakluki China dan untuk itu dia menahan ramai pakar seni bela diri dan memaksa mereka patuh kepadanya. Mereka cuba diselamatkan Wind, tetapi ketiga-tiganya parah dicederakan oleh serangan Lord Godless.


Ahli seni bela diri yang lain mengorbankan nyawa mereka demi menyelamatkan ketiga-tiga lelaki tadi, dengan harapan dapat menewaskan Lord Godless.

Setiap kali bergabung tenaga, Angin dan Awan menjadi lawan yang tidak mampu dikalahkan.

Bagi peminat Pedang Setiawan, filem ini pasti ditunggu-tunggu kerana komik karya Ma Wing Shing itu mempunyai tarikan tersendiri tambahan pula seni mempertahankan diri yang luar biasa dipaparkan.

Berbeza filem pertama, The Storm Warriors mendapat banyak faedah daripada perkembangan teknologi imej janaan komputer (CGI) menyebabkan usaha menjadikan fantasi di dalam komik menjadi suatu realiti terutama membabitkan suasana latar belakang.

Terdapat juga babak gambar terhenti misalnya ketika tentera Lord Godless menyerang dan membunuh ahli seni bela diri China persis filem 300 di Hollywood menyebabkan ia kelihatan seperti apa digambarkan di komik.

Namun terlalu banyak babak yang diperlahankan walaupun ia tidak membabitkan adegan pertarungan adakalanya kelihatan seolah-olah tidak kena malah boleh membuatkan anda rasa bosan.

Penggunaan terlalu banyak CGI juga boleh membuatkan kualiti lakonan beberapa pelakon terkenal Hong Kong kelihatan 'tenggelam'.


Dari sudut lakonan, babak percintaan dilihat kurang menyerlah tetapi Aaron Kwok berjaya membawa watak Cloud yang kelihatan murung dan sedih.

Pujian juga wajar diberikan kepada pengarah filem ini kerana menjadikan jalan cerita filem ini mudah difahami walaupun kepada penonton yang tidak mengikuti siri komik Pedang Setiawan.

Bagi Aaron, peluang melakonkan watak Cloud dalam The Storm Riders, 11 tahun lalu, membuka mindanya untuk meminati komik terutama Fung Wan.

“Sejak kecil saya tidak pernah membaca komik kecuali siri Master Q, itu pun ketika berusia tujuh tahun di salun rambut dan apabila mendapat peluang melakonkan watak Cloud, saya perlu membaca komiknya untuk memahami karektor lelaki itu.


“Sebenarnya, saya lebih suka watak Wind, sebab dia sangat tenang dan baik hati tetapi saya tetap gembira kerana mendapat kepercayaan sebagai Cloud. Sebab itu juga saya menjadi peminat komik sekarang,” katanya.


Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, penggambaran The Storm Warriors dilakukan di Thailand selama tiga bulan dan dalam bulan pertama, kedua-dua tangannya cedera ketika menjayakan beberapa aksi.


“Paling teruk apabila tangan kanan saya terkena paku dalam babak letupan ketika Cloud bertempur dengan Wind, ketika itu pengarah menghampiri saya bertanya sama ada saya OK atau tidak. Sudah tentu saya kata tidak sebab saya tetap mahu meneruskan adegan itu sehingga berjaya sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Menurutnya, berlakon sebagai Cloud lebih sukar berbanding dalam The Storm Riders kerana kebanyakan babak dirakamkan di layar hijau menyebabkan dia perlu membayangkan serta berinteraksi dengan kesan khas yang bakal dimasukkan kemudian.


“Ia sukar sebab dulu kami perlu berinteraksi dengan orang sebenar tetapi dalam filem ini, kami hanya menggunakan imaginasi masing-masing, tambahan pula karektor Cloud yang kelihatan murung serta sedih,” katanya.


Aaron berkata, dia juga terpaksa melakukan senaman setiap hari terutama di bahagian lengan untuk menampakkan otot disebabkan kostum Cloud yang menampakkan bahagian itu.



Seorang lagi pelakon utama The Storm Warriors, Ekin Cheng berkata, babak yang paling diminatinya adalah ketika Wind dan Cloud bertempur di puncak gunung.

“Ketika itu Wind dipengaruhi kuasa jahat dan Cloud cubamengembalikan ingatannya.Bila difikirkan balik, banyak pengalaman menarik saya perolehi sepanjang penggambaran filem ini.

“Kostum saya lebih ringan daripada Aaron tetapi saya perlu memakai kanta lekap khas ketika diresapi kuasa jahat dan ia menyakitkan. Selain itu, badan saya juga perlu dimekapkan putih dan untuk itu, saya perlu ke set penggambaran bermula jam 5 pagi kerana proses mewarnakan badan memakan masa yang lama,” katanya.

Aktor berusia 42 tahun itu berkata, disebabkan ada babak yang memaksanya tidak memakai baju, dia perlu membina otot supaya kelihatan tegap seperti watak komik.

“Mujur saya mendapat tawaran itu enam bulan lebih awal sebelum penggambaran bermula, tetapi saya tetap meminta bantuan jurusolek melukis bentuk otot di perut kerana berat badan saya agak berlebihan,” katanya ketawa.

Ekin berkata, dia selesa bekerja dengan Oxide dan Danny Pang kerana memahami kehendak mereka, lagipun ia bukan kerjasama pertama antara dia dengan pengarah adik beradik Hong Kong terkenal itu.“Memang adakalanya rasa tertekan tetapi ia tekanan yang selesa dan saya tidak sabar untuk mendapat peluang melakonkan sambungan filem ini,” katanya.


[ Tahun bile pulak nk kuar yg ke 3 pun tak tahu la.. kalau beza dari yg 1st nk kuar yg 2nd nie dlm 1 dekad (10tahun).. utk yg ke3 lak???? mgkin pelakon pun dh tua la.. or tukar yg len.. and bygkan momo dah umur berape time tu??? (kalau 10thun lagi la...!?!) Hope tak lame la utk terbitkan filem yg seterusnya nanti.. SERIUS TAK SABAR NAK TGK SAMBUNGANNYA TU..!!! ]


Disebabkan adik aku si sarah yg 'rajin' pasangkan lagu nie dlm umah.. so aku uploadkan lagu ini utk kalian ya.....

~Izinkan Selamanya Namamu DiHati~

Thursday, December 3, 2009

Nonton!!!



Huhs.. mmg filem yg momo tgu2kan la... tetiba je sengaja aku bagi cadangan kat Aisyah.. kata cite New Moon dh kuar... and tetibe lak dia kol aku ajak kuar g tgk.. bile aku check dlm cinema on9, kt dlm kedah nie belum lagi ditayangkn.. paling dekat pun kt Penang la.. so ape lagi.. dia cakap.. jom kita g penang tgk cite tu!!! huhs.. mmg agak terkejut juga la.. tapi aku dah mula paham perangai dia tu... so ape lagi.. time tu lps dia hbs latihan menari.. kami mula bertolak ke penang.. 2 buah kereta juga la kami g.. (only 6org je) aku, nizam, edy, faiz, maisarah, aisyah.

Jam 11lbh (mlm) kami bertolak kesana.. aku check last tygan pun kul12.30pg di gurney plaza.. bila sampai je disana.. naik2 atas... tgk2 kuanter tiket dh pun tutup la..!!huhuhuhu.. kami hanya lewat beberape minit je ke sana.. hampa n sedih gile la... so kami hnya jejalan je di sekitar gurney tu... dan pulang ke jitra selepas tu...



Pada keesokan harinya.. iaitu 29hb, sekali lagi tetibe je aisyah ajak aku tgk movie tu.. tapi kali nie hanya di seberang prai je... Kami ber4 (aku, edy, nizam & aisyah) bertolak dlm kul 1ptg lbh.. kami ke Aeon Prai.. tygan kul 2.20ptg.. Huhs.. sempat juga kami msuk tgk kali nie..

Best oOo00oo..........!!!!!
Nanti aku nk g tgk sekali lagi la kalau boleh.. tgu ade kt kedah lak la..!! kalau dulu Twilight, aku leh tgk 4 kali.. nie pulak lagi best dari twilight, mesti la aku tgk byk2!!! New Moon!! cpt la masuk di Pawagam Kedah!!

Mesti maw tgk!!!

~Baby cute Dance~

Monday, November 16, 2009

Kopitiam: Halal Atau Haram?

Cube Kawan2 teliti satu persatu gambar dibawah nie...
utk renungan dan pemahaman masing2...
yg mane anda pilih???


Nissin Noodles Non Halal

Nissin Noodles Non Halal

Nissin Noodles Non Halal

Non HALAL Kopitiam NEWTOWN

NON HALAL Kopitiam PAK HAINAN

NON HALAL Kopitiam PAK HAINAN

NON HALAL Kopitiam PAK HAINAN

Non HALAL Kopitiam White Coffee Oldtown

Non HALAL Kopitiam White Coffee Oldtown

Non HALAL Kopitiam White Coffee Oldtown

Non HALAL Kopitiam White Coffee Oldtown

Non HALAL Kopitiam White Coffee Oldtown

Non HALAL Kopitiam WHITE HOUSE Illegal LOGO

Non HALAL Kopitiam WHITE HOUSE Illegal LOGO


WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
  • Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)
  • Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
  • Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
  • Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan 'noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tanpa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL.... Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan 'noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-
  • WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
  • NEWTOWN Kopitiam
  • WHITE HOUSE Kopitiam
  • PAK HAINAN Kopitiam
  • JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'



Dan ade satu lagi mcm Kopitiam yg HALAL.. iaitu...



kalau dulunya di kenali sebagai

"ISLAND RED CAFE", tetapi sekarang ia telah bertukar pengurusan diatas nama "PENANG RED CAFE" dimana penaungnya sekarang adalah

YM. DATO' SERI RAJA NOR' AIN ...Power...

PG Red Café Head Office is located at Taman Shamelin Perkasa in Cheras, Kuala Lumpur. It has set up many subsidiaries with responsibility for various important specialized areas.

With these corporate infrastructures, PG Red Café is moving full-speed ahead to continuing growth and expansion into the world market.

PG Red Cafe strives to serve the best halal Malaysian, Western and Straits or Nyonya dishes, including beverages of various flavours at affordable competitive prices which are value for money not only to Malaysians, but also the international multi-cultural communities.

Dan nie adalah Sijil HALALnya.. bukan saja di Malaysia.. bahkan Sijil Halal ASIA.. kerana outletnya dah berkembang di seluruh asia.... maknanya kita boleh menikmati makanan yg halal diseluruh asia..

antara Menu makanan dan minumannya..



bukan setakat makan2 saja..but.. ia juga punyai marketing plannya sendiri.. dimana kita sama2 leh mendapat income yg tgi setiap hari .. dibawah nie adalah Plan Marketingnya..


utk keterangan lanjut mengenai plan markerting tu, boleh menghubungi momo di myspace; uchiha_areffiexs@yahoo.com atau dalam facebook @ friendster; uchiha_areffiexs@yahoo.com.my
jadi ape perlu tunggu lagi??? Jom makan2 sampai jadi Jutawan!!!

(*_o)
Power-power!!!

Thursday, November 12, 2009

story of "KEBIJAKSANAAN" murid nie..

kisah guru dan murid

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi Sahaja? Petang dan malam, awak doakan saya tak Selamat?

Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan Penuh Bermakna.. Lagipun ucapan ini meliputi Semua Masa Dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang Perkataan Berlawan. Bila cikgu sebutkan Perkataannya, Kamu semua mesti menjawab dengan Cepat, lawan bagi Perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu Gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

hahhahahhahahah...~~

Jom tgk awek momo nie...

~Tecktonik in the Car~

Monday, November 9, 2009

Rindunya!!!!



Huhs.. sememangnya aku rindukan suasana kerja dalam motorola tu la... serius aku ckp!! walaupun aku kerja shift, tapi aku rase ok juga la..best juga... lagipun ade elaun shift... 1 shift 8jam.. start masuk kul 6pagi hingga kul 2petang.. 2ptg ke 10mlm, and 10mlm ke 6pagi.Di dalam motorola tu aku, ditempatkan ke bahagian yg dipanggil "Infra line". Kerja aku disitu agak senang juga la.. iaitu "Test and Debug" board coz aku nie "Technician". Aku dilatih oleh sorang senior. Dia owang Filipina, gurl, name dia "Dessy".. She very Friendly to all people in factory.. nice.. and aku juga dpt lg sorang "Partner" chinese.. aku pgl di a "Lim" dia pun amat baik ngn aku... mmg hepi la.. mcm si Nina selalu ckp la.. dia tak borink bila aku ade... mmg aku yg slalu hepikan sesuatu suasana tu... and beberape bulan lepas tu aku kena pindah utk buat kerja yg lbh mencabar iaitu kerja "Analyze Board" kt situ mmg agak susah bagi permulaannya.. but bila kita dah tahu camne nk kenal pasti kerosakan board tu,mmg senang la nk dapat "output" huhuhuhu..thanks kepada senior aku.. iaitu si Ezer dan si Lan dan "Senior Technician" yg byk bntu aku and ajar aku cara2 nak analyzing board sume2 tu.. kat situ la aku paling suke buat!! coz leh relax byk cikit.. walaupun ade byk board susah yg perlu di analyze.. but aku still leh dapat output yg byk.. sampaikan senior aku mrhkan aku la.. coz aku nie mcm terlebih rajin lak.. buat byk2 gile!! huhuhuhu.. aku bosan.. so aku buat la.. lagipun ade yg board tu senang PAS, so dpt la output utk aku.. huhs..


Nie contoh baju Motorola yg aku kena pakai semasa bekerja dlm tu...

Kalau nk di ceritakan ttg ape yg berlaku dlm kilang tu mmg pjg gila la entry nie..!! so dipendekkan cite aku nie dibehentikan dari kilang tu sebab time tu bulan 1 yg lepaskan ekonomi dunia tak stabil.. lagipun aku nie hanyalah "contract " je..nak Permenent pun atas Supervisor juga la.. dah la pada awlnya aku dpt Supervisor india.. phm2 jela dorang cmne.. mmg cibai la kan... so senang cite aku tak dapat lagi bekerja didalam tu.. time aku kne behenti pun kalau korang nak tahu.. seramai 30 lbh "engineer" dan 400 ke 500 technician dibehentikan kerja tau... sumenya kebykkannya pekerja dari malaysia!! mcm pekerja luar yg dah hbs contract, dorang tak leh sambung lagi... tapi yg pekerja mcm filipina yg contract juga.. tak pulak kena behentikan.. korang nk tahu sebab ape?? sbb kilang byr murah kt dorang.. padahal dorang tu ade Degree tau!! aku nie hany diploma je.. tapi dorang lagi murah gajinya dari aku nie tau.. sian lak dorang aku tgk.. kdg2 tu kne paksa OT.. huhs..


Badge aku..

Aku nak masukkan pic aku time aku kerja dlm motorola tu..ngn pakaiannya.. tapi sume tu dlm Hp Samsung aku tu.. (hp tu kena curi, ari terakhir aku dok dlm umah sewa tu.. ade pencuri bodo yg msk umah time lps subuh!!!) ade laptop tak lak curi...!! amek duet ngn Hp je.. walet tak amek pun.. pandai lak cari duet dlm walet tu kan?? huhs.. Mmg rugi gila la.. tak sempat nak save pic tu!! geram gila... Thanks tu all my friend yg pernah berkenalan ngn aku sepanjang aku bekerja didalm tu.. terutama kwn yg rapat ngn aku dlm kilang tu.. Si Fakrul, Aidil, Lim, Saiful, Wan, Taufik, Nina, Muna, Zu, sape lagi ek yg aku tak sebut?? lupe sudah... sori.. but muke korang still in my mind!!! takkan pernah aku lupekan korang punya la.. Hope kita leh jumpa lagi.. and leh g bercuti lagi mcm aritu kita g Genting beramai2 kan??? Best!!!



Rindu seterusnya pulak.. aku rindu nak dengar owang cakap bahasa "SABAH"!!! Serius aku rindu sgt nak ckp sabah n dgr owg ckp loghrat sabah la!! (Padahal aku nie teringin nak cari calon isteri dari owang sabah) huhuhuhu.. comei... huhs.. hakikatnya aku takkan dapat punya la .. mcm lani, aku juga rindukan pada seseorang tu.. sgt2 rindukan dia.. aku mcm berharap jumpa ngn dia... walaupun hanya utk beberape seketika.. Hurm.. acap kali juga la kekdg aku menatap gambarnya dlm pc nie.. sbb dia dulu selalu bersama aku ketika aku senang mahupun susah.. thanks la ek sume2 tu.. aku dah mcm tak kisah sgt ape yg berlaku selepas tu.. but aku hrp "My2" tak mudah lupakan aku ok?? Hepi sukmo!!! No hal la.. aku ade life aku lani.. [Saje nak ckp nie... aku dah tgk la wayang cite, Michael Jakson "This is it" ngan Adam, Nazim, & Amet kt JM Cinema.. Memang best la!!!!]





V.klip terbaru dari.... 4 all my luv....

~Taylor Swift - You Belong With Me~

Monday, November 2, 2009

Tabik Syaitan

Sekadar utk pengetahuan kawan-kawan......


Horned God represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.


Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.


Witch Sign or Moon Sign used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above


Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.


Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.

A Satanic Ritual


Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)

Above, from the Satanic Bible: The 'Satanic Salute', Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their 'horned god', a sign of recognition and allegiance.



Artis-artis melayu Islam pun join sama. Bukan setakat artis je, ramai remaja sekarang suka buat sign camni. Konon rock sangat ler..


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)


(dipetik dari AbyRad's Blog)

~Aku Tanpa Cintamu~