Sunday, June 14, 2009

Petua Kebahagian Bersama

Zaman sekarang berlainan dengan dulu..so disini saya ingin berkongsi petua bersama anda semua...hope boleh dijadikan tunjuk ajar pada kalian yang dok couple sekarang nie..


1-Jujur dalam perhubungan. Sentiasa jujur walaupun bersalah. Setiap orang akan melakukan kesilapan. Dan setiap orang juga wajar untuk dimarahi bila melakukan kesilapan, tetapi jangan menipu. Walau dimarahi, sekurang-kurangnya kita telah berlaku jujur.

2-Kesetiaan kepada pasangan. Tiada lagi orang ketiga (atau ke-empat atau seterusnya) yang akan menghancurkan kebahgiaan rumah tangga yang cuba kita bina. Ingatlah setia perkara yang mengembirakan setiap kali bergaduh. Tutup mata dan hati kita dari orang lain. Ingatlah, seteruk-teruk pasangan kita, dia lah yang sentiasa berada disisi kita disaat kita susah dan senang.

3-Kepercayaan. Jangan hancurkan kepercayaan yang pasangan kita dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

4-Semua kawan-kawan (tidak kira lelaki atau perempuan) hendaklah dikenali oleh pasangan masing-masing termasuk rakan-rakan di dalam internet. Dalam erti kata lain, saya kenal semua kawan-kawan awak, dan awak kenal semua kawan-kawan saya. Andai kata ada di antara kawan-kawan yang mencurigakan ataupun tidak dikenalkan kepada pasangan masing-masing, secara automatik hubungan mereka hendaklah diputuskan dengan teman rahsia tersebut dengan serta merta.

5-Dalam Friendster atau Myspace atau apa-apa blog yang berkenaan hendaklah terkandung maklumat yang menyatakan bahawa diri sendiri sudah dimiliki. Ini termasuklah gambar berdua(saya dan awak) yang wajib dimasukkan dalam page tersebut. Secara tidak lansung, ini akan mengelakkan salah faham tentang status masing-masing.

6-Setiap maklumat seperti password Myspace atau Friendster ataupun lain-lain hendaklah diketahui oleh pasangan masing-masing. Seperti yang kita tahu, internet memberi pengaruh yang sangat bahaya kepada hubungan kita. Tetapi, pasangan masing-masing tidak dibenarkan mengganggu page tersebut seperti membalas msg-msg yag diterima, menukar layout atau apa-apa saja yang akan mengganggu atau merosakkan page tersebut.

7-Pasangan tidak dibenarkan mengungkit tentang perkara yang sudah berlalu. Memang kadang-kala akal terlupa, hati dibuta, lalu mulut secara tak sengaja berkata. Yang berlalu, jadikan sempadan dan pengajaran. Jangan diulangi perbuatan yang kita sendiri tidak suka orang lain buat pada kita.

8-Jangan mengutuk orang tua atau keluarga pasangan masing-masing. Seteruk mana pun mereka, satu hari mereka akan jadi sebahagian dari diri kita juga.

9-Memberitahu pasangan masing-masing setiap kali hendak keluar ke mana-mana.

10-Sentiasa jadikan perkataan maaf dan terima kasih sebagai menu percakapan. Tidak rugi mengucapkan kata-kata tersebut.

11-Jangan lupa untuk mengucapkan selamat pagi dan selamat malam kepada pasangan masing-masing setiap hari. Begitu juga dengan perkataan sayang atau cinta.

12-Bertenang setiap kali hubungan dilanda masalah. Cuba cari jalan penyelesaian dan kalau boleh, elakkan dari berpisah. Berbincang dan bertolak ansur.

13-Memaki pasangan masing-masing tidak dibenarkan sama sekali. Ini akan menyebabkan pasangan merasa rendah diri dan terhina.

14-Tidak dibenarkan berdendam. Jika kamu merasa sakit hati dengan perbuatan pasangan, kamu tidak dibenarkan membalas dendam sebaliknya kamu boleh menghukumnya dengan cara lain yang tidak menjejaskan emosi,rohani dan jasmani pasangan.

15-Sebagai seorang suami, bimbinglah seorang isteri dengan cara yang lemah lembut. Nabi sendiri pernah cakap, yang wanita ni dijadikan dari tulang rusuk suami. Lenturlah secara perlahan, jangan terlalu keras, kerana khuatir akan patah. Diciptakan sang Suami itu sebagai seorang pembimbing, dan dikurniakan 9 akal untuk berfikir. Jangan dikaburi 9 akal itu dengan hanya satu nafsu.


p/s:
Matlamat perjanjian ini ditulis untuk membina satu hubungan yang lebih baik. Sebagai satu persediaan untuk menghadapi masa depan sebagai suami isteri. Bukan untuk dijadikan kayu ukuran atau bahan untuk berpisah apabila berlaku kesalahan. Setiap manusia akan berbuat salah, tetapi mereka hendaklah berusaha untuk menginsafi diri dan berusaha untuk berubah.

No comments: