Thursday, December 10, 2009

Sekali Lagi!!!!



[Tayangan pada pukul 11.10 mlm semalam], aku & aisyah menuju ke JitraMall utk menonton sebuah filem yg aku tunggu2 setelah sekian lamenya... tiket kami telah pun dibeli oleh Man & Mie... RM10 je sorang... menyesal kalau tak tgk.. bapak best giler la~~!!!! (tp ecah tido!!!PENAT JE AKU BWA DIA!! HUHS!!!)


THE Storm Warriors diadaptasikan daripada komik terkenal Hong Kong, Fung Wan atau di negara kita dikenali sebagai Pedang Setiawan. Ia filem kedua adaptasi komik itu selepas The Storm Riders yang ditayangkan pada 1998.

Populariti Fung Wan juga menyebabkan ia diadaptasi kepada siri televisyen, animasi, permainan komputer dan sudah pastinya filem pertama, The Storm Riders pada 1998 melakarkan kejayaan apabila ditayangkan di pawagam selama 45 hari serta menjuarai carta kutipan pecah panggung tahun itu dengan HK$42 juta (RM943,914).

Kini selepas lebih 10 tahun The Storm Riders menemui peminat, penonton sekali lagi berpeluang melihat aksi gandingan Angin dan Awan menentang kuasa jahat menerusi filem kedua, The Storm Warriors, 10 Disember ini. Tapi aku dah tgk pun semlm.. Hahahaha.....




Menampilkan kembali dua pelakon asal, Aaron Kwok dan Ekin Cheng, The Storm Warriors mengisahkan bagaimana Cloud dan Wind, dua pahlawan hebat mempertahankan China daripada cengkaman penakluk Jepun, Lord Godless.


Disebelah kanan; Ekin Cheng as 聶風 (Nie Feng / Nip Fung / Wind / Badai):
Dan kirinya; Aaron Kwok as
步驚雲 (Bou Keng Wan / Bu Jing Yun / Cloud / Awan)

Filem ini dibintangi pelakon Hong Kong seperti Aaron Kwok, Ekin Cheng, Nicholas Tse, Charlene Choi, Simon Yam, Kenny Ho, Lam Suet, Kenny Wong dan Tiffany T.

Bagi peminat Pedang Setiawan, filem ini pasti ditunggu-tunggu kerana komik karya Ma Wing Shing itu mempunyai tarikan tersendiri tambahan pula seni mempertahankan diri yang luar biasa dipaparkan.

The Storm Warriors II mengisahkan pahlawan Jepun, Lord Godless yang ingin menakluki China dan untuk itu dia menahan ramai pakar seni bela diri dan memaksa mereka patuh kepadanya. Mereka cuba diselamatkan Wind, tetapi ketiga-tiganya parah dicederakan oleh serangan Lord Godless.


Ahli seni bela diri yang lain mengorbankan nyawa mereka demi menyelamatkan ketiga-tiga lelaki tadi, dengan harapan dapat menewaskan Lord Godless.

Setiap kali bergabung tenaga, Angin dan Awan menjadi lawan yang tidak mampu dikalahkan.

Bagi peminat Pedang Setiawan, filem ini pasti ditunggu-tunggu kerana komik karya Ma Wing Shing itu mempunyai tarikan tersendiri tambahan pula seni mempertahankan diri yang luar biasa dipaparkan.

Berbeza filem pertama, The Storm Warriors mendapat banyak faedah daripada perkembangan teknologi imej janaan komputer (CGI) menyebabkan usaha menjadikan fantasi di dalam komik menjadi suatu realiti terutama membabitkan suasana latar belakang.

Terdapat juga babak gambar terhenti misalnya ketika tentera Lord Godless menyerang dan membunuh ahli seni bela diri China persis filem 300 di Hollywood menyebabkan ia kelihatan seperti apa digambarkan di komik.

Namun terlalu banyak babak yang diperlahankan walaupun ia tidak membabitkan adegan pertarungan adakalanya kelihatan seolah-olah tidak kena malah boleh membuatkan anda rasa bosan.

Penggunaan terlalu banyak CGI juga boleh membuatkan kualiti lakonan beberapa pelakon terkenal Hong Kong kelihatan 'tenggelam'.


Dari sudut lakonan, babak percintaan dilihat kurang menyerlah tetapi Aaron Kwok berjaya membawa watak Cloud yang kelihatan murung dan sedih.

Pujian juga wajar diberikan kepada pengarah filem ini kerana menjadikan jalan cerita filem ini mudah difahami walaupun kepada penonton yang tidak mengikuti siri komik Pedang Setiawan.

Bagi Aaron, peluang melakonkan watak Cloud dalam The Storm Riders, 11 tahun lalu, membuka mindanya untuk meminati komik terutama Fung Wan.

“Sejak kecil saya tidak pernah membaca komik kecuali siri Master Q, itu pun ketika berusia tujuh tahun di salun rambut dan apabila mendapat peluang melakonkan watak Cloud, saya perlu membaca komiknya untuk memahami karektor lelaki itu.


“Sebenarnya, saya lebih suka watak Wind, sebab dia sangat tenang dan baik hati tetapi saya tetap gembira kerana mendapat kepercayaan sebagai Cloud. Sebab itu juga saya menjadi peminat komik sekarang,” katanya.


Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, penggambaran The Storm Warriors dilakukan di Thailand selama tiga bulan dan dalam bulan pertama, kedua-dua tangannya cedera ketika menjayakan beberapa aksi.


“Paling teruk apabila tangan kanan saya terkena paku dalam babak letupan ketika Cloud bertempur dengan Wind, ketika itu pengarah menghampiri saya bertanya sama ada saya OK atau tidak. Sudah tentu saya kata tidak sebab saya tetap mahu meneruskan adegan itu sehingga berjaya sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Menurutnya, berlakon sebagai Cloud lebih sukar berbanding dalam The Storm Riders kerana kebanyakan babak dirakamkan di layar hijau menyebabkan dia perlu membayangkan serta berinteraksi dengan kesan khas yang bakal dimasukkan kemudian.


“Ia sukar sebab dulu kami perlu berinteraksi dengan orang sebenar tetapi dalam filem ini, kami hanya menggunakan imaginasi masing-masing, tambahan pula karektor Cloud yang kelihatan murung serta sedih,” katanya.


Aaron berkata, dia juga terpaksa melakukan senaman setiap hari terutama di bahagian lengan untuk menampakkan otot disebabkan kostum Cloud yang menampakkan bahagian itu.



Seorang lagi pelakon utama The Storm Warriors, Ekin Cheng berkata, babak yang paling diminatinya adalah ketika Wind dan Cloud bertempur di puncak gunung.

“Ketika itu Wind dipengaruhi kuasa jahat dan Cloud cubamengembalikan ingatannya.Bila difikirkan balik, banyak pengalaman menarik saya perolehi sepanjang penggambaran filem ini.

“Kostum saya lebih ringan daripada Aaron tetapi saya perlu memakai kanta lekap khas ketika diresapi kuasa jahat dan ia menyakitkan. Selain itu, badan saya juga perlu dimekapkan putih dan untuk itu, saya perlu ke set penggambaran bermula jam 5 pagi kerana proses mewarnakan badan memakan masa yang lama,” katanya.

Aktor berusia 42 tahun itu berkata, disebabkan ada babak yang memaksanya tidak memakai baju, dia perlu membina otot supaya kelihatan tegap seperti watak komik.

“Mujur saya mendapat tawaran itu enam bulan lebih awal sebelum penggambaran bermula, tetapi saya tetap meminta bantuan jurusolek melukis bentuk otot di perut kerana berat badan saya agak berlebihan,” katanya ketawa.

Ekin berkata, dia selesa bekerja dengan Oxide dan Danny Pang kerana memahami kehendak mereka, lagipun ia bukan kerjasama pertama antara dia dengan pengarah adik beradik Hong Kong terkenal itu.“Memang adakalanya rasa tertekan tetapi ia tekanan yang selesa dan saya tidak sabar untuk mendapat peluang melakonkan sambungan filem ini,” katanya.


[ Tahun bile pulak nk kuar yg ke 3 pun tak tahu la.. kalau beza dari yg 1st nk kuar yg 2nd nie dlm 1 dekad (10tahun).. utk yg ke3 lak???? mgkin pelakon pun dh tua la.. or tukar yg len.. and bygkan momo dah umur berape time tu??? (kalau 10thun lagi la...!?!) Hope tak lame la utk terbitkan filem yg seterusnya nanti.. SERIUS TAK SABAR NAK TGK SAMBUNGANNYA TU..!!! ]


Disebabkan adik aku si sarah yg 'rajin' pasangkan lagu nie dlm umah.. so aku uploadkan lagu ini utk kalian ya.....

~Izinkan Selamanya Namamu DiHati~

4 comments:

Anonymous said...

isk..teroknye awek u tu ekk..tido je keje..hahahahahhahaha

M[o]M[o]S[u]K[i]E ™ said...

enth la kt dia...
lps tido...tido lagi...dan tido...
mcm la letih sgt????huhs...
terok sesgt!!!
lalalalalaalallalalalaaaaaa..

artchan said...

haha, aku gentle ckap la, citer nie x best....
antara komik2 awal2 aku aku baca dulu, pedang stiawan n raja rimba, so bagi aku, kalau just nk follow btul2 jalan cerita, akan ada banyak episod movie dia, smpai ke-30 pon x abes2 la...then sangat2 slow, efect x real, pastu teknik2 slow motion banyak sangat, gentle ckap la, x best.. hahaha....

citer da legend, pelakon da gempak, so ramai gler peminta dia mengharap yang "GEMPAK!!!"

tapi xpe, lain padang, lain belalang... so x salah lain2 pendapat :)

M[o]M[o]S[u]K[i]E ™ said...

tapi bagi aku...ia ttp best bangat..!!!